Agen TM Smart Call | ![]() |
| High Speed Broadband | Always On Internet Connection | ||
| Streamyx Webmail | For Homes and Business |
|
Laman Utama Kelebihan TM Smart Call Kadar Panggilan TM Smart Call Agen Smart Call Streamyx Agen Streamyx Hubungi Kami Peluang Perniagaan TM Business Program Jawatan Kosong Acdra |
Menjadi Agen StreamyxPeluang untuk menjadi agen Streamyx terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Tidak ada yuran atau bayaran yang dikenakan untuk menjadi agen Streamyx. Modal yang diperlukan bergantung kepada cara mempromosi Streamyx. Menjalankan perniagaanSebagai agen Streamyx, anda bebas mencari pelanggan dimana saja. Anda juga menetapkan sendiri masa dan cara untuk menjalankan perniagaan ini. Berikut adalah beberapa contoh cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan pelanggan:
Keperluan Agen StreamyxAnda akan diberikan segala maklumat yang diperlukan untuk memasarkan Streamyx. Dalam pada itu, anda perlu mengeluarkan sedikit modal seperti berikut:
Mendaftar pesanan StreamyxSetiap pelanggan kediaman diperlukan mengisi borang permohonan Streamyx dan memberikan satu salinan kad pengenalan kepada agen. Pelanggan perniagaan pula hendaklah menyerahkan salinan borang 9, borang 24 dan borang 49, selain salinan kad pengenalan pegawai yang mengisi borang permohonan. Kandungan borang yang telah di isi lengkap hendaklah dimasukkan oleh agen kedalam laman web yang akan diberitahu kelak. Salinan kad pengenalan dan dokumen syarikat hendaklah dihantar (atau fax atau scan dan email) kepada kami. Tanpa salinan dokumen-dokumen ini, komisyen tidak akan dibayar. KomisyenKomisyen akan dibayar untuk setiap pemasangan Streamyx (bukan permohonan), dan bayaran komisyen akan dibuat dalam tempoh 3 hingga 4 minggu setelah selesai pemasangan. Kadar bayaran komisyen ialah 1.5 x sewa sebulan. Contoh: Untuk Streamyx 77, komisyen ialah 1.5 x RM77 = RM115.50; Sekiranya sudah bersedia untuk mendaftar sebagai agen Streamyx, sila isi borang ini, dan kami akan memberikan "agent code" dan lain-lain maklumat yang dapat membantu agen dalam menjalankan perniagaan Streamyx. |
| Web Design by ACDRA Sdn Bhd |