Kelebihan TM Smart Call | ![]() |
| Rangkaian PSTN | Kualiti suara yang jelas | ||
| Caller Identification | Kadar PSTN paling rendah |
|
Laman Utama Kelebihan TM Smart Call Kadar Panggilan TM Smart Call Agen Smart Call Streamyx Agen Streamyx Hubungi Kami Peluang Perniagaan TM Business Program Jawatan Kosong |
Apakah TM Smart Call?TM Smart Call bukanlah pelaksanaan teknologi baru. TM Smart Call ialah kadar bayaran rendah keatas panggilan melalui rangkaian talian tetap TM yang sedia ada. Sebagai contoh, panggilan nasional (STD) dikenakan kadar 3 sen setiap 10 saat (18 sen se minit). Tidak ada apa-apa caj tambahan. Kadar bayaran Smart Call ini ditujukan kepada pengguna rangkaian talian tetap TM yang juga menggunakan khidmat VOIP untuk membuat panggilan jarak jauh, sama ada panggilan nasional (STD) atau panggilan antarabangsa (IDD). Apakah VOIP?VOIP bermaksud Voice Over Internet Protocol. Maksudnya, VOIP ialah teknologi yang membolehkan perbualan telefon melalui komputer dan Internet. Dalam panggilan VOIP, pemanggil akan menelefon "VOIP Server" yang biasanya terletak dalam bandar yang sama dengan pemanggil. Oleh itu, panggilan ini merupakan panggilan tempatan, yang dicaj oleh TM pada kadar 8 sen untuk 2 minit pertama, dan 4 sen untuk setiap minit berikutnya. Setelah mendapat sambungan kepada VOIP Server, pemanggil akan mendail nombor telefon pihak yang ingin dihubungi. Panggilan ini akan dicaj oleh pembekal khidmat VOIP (bukan TM), pada kadar yang jauh lebih rendah dari kadar biasa panggilan STD dan IDD TM. Rajah berikut menerangkan apa yang berlaku menerusi panggilan VOIP:
Implikasi Penggunaan VOIPContoh: Jika syarikat VOIP mengatakan bahawa caj bagi panggilan STD mereka ialah 18 sen, dimana setiap minit terbahagi kepada blok 20 saat (6 sen setiap 20 saat), caj sebenarnya adalah seperti berikut:
Dari rajah diatas, kita dapat lihat bahawa setiap panggilan VOIP juga menggunakan khidmat panggilan tempatan dari TM. Di antara implikasinya adalah seperti berikut:
Keadaan yang disebut diatas sering berlaku. Keadaan "missed call", "talian sedang dipakai" dan "orang yang dicari tidak ada ditempatnya" berlaku dalam kira-kira 40% dari semua panggilan telefon yang dibuat. Kelebihan TM Smart CallDengan panggilan TM Smart Call, tidak ada caj yang dikenakan untuk keadaan pertama dan kedua diatas. Bagi keadaan ketiga (panggilan kurang dari 10 saat) pula, caj yang dikenakan untuk panggilan STD cuma 3 sen. Inilah kelebihan paling ketara TM Smart Call, selain kadar yang rendah dan kualiti yang lebih baik dari VOIP. Bagi pejabat yang melakukan banyak panggilan jauh, penggunaan TM Smart Call menghasilkan penjimatan kos panggilan yang ketara. Bandingkan jadual untuk Smart Call berikut dengan jadual VOIP di atas:
|
| Web Design by ACDRA Sdn Bhd |